STEP 1: Sediakan format sijil seperti contoh di bawah. Kosongkan bahagian data yang sentiasa berubah (contoh nama dan ic)
STEP 2: Sediakan data untuk membuat sijil dalam bentuk XCEL. Data tersebut boleh merangkumi nama, ic, tarikh, alamat, tempat dan lain lain.
STEP 3: Sebelum memulakan proses membuat sijil, pastikan data sijil XCEL ditutup terlebih dahulu.Buka format sijil. Tekan menu MAILINGS seperti di bawah.
STEP 4: Seterusnya pilih SELECT RECIPIENTS, dan pilih USE EXISTING LIST.
STEP 5: Cari fail DATA SIJIL dan klik open.
STEP 6: Pilih SHEET1 dan klik OK.
STEP 7: Klik EDIT RECIPIENT LIST untuk melihat data sijil.
STEP 8: UNTICK data source dan TICK pada data yang mempunyai maklumat nama dan ic sahaja. Kenal pasti pada ruangan COLUMN berlabel F2 dan F3 iaitu ruangan ic dan nama. Seterusnya klik OK.
STEP 9: Klik pada ruangan untuk mengisi nama pelajar. Klik INSERT MERGE FIELD.
Pilih label yang dikenalpasti sebagai nama dan ic. F2 = IC, F3 = NAMA
Lakukan langkah yang sama pada step 9 untuk mengisi maklumat ic.
STEP 10: Menukar FONT nama dan ic. Highlight pada ruangan nama dan ic. Pilih jenis tulisan, saiz dan warna.
STEP 11: Seterusnya klik FINISH AND MERGE.
Klik OK
STEP 12: Hasilnya sijil anda telah diproses secara automatik untuk jumlah nama yang telah anda pilih.
Panduan ini dibuat menggunakan Microsoft Office Word 2007. Menu-menu mungkin berlainan sedikit pada Microsoft Office Word 2010 @ 2013.
*sebarang pertanyaan boleh la emelkan kepada
juruteknik.smkbb@gmail.com